.::. Cuba Tengok Berapa Ramai Orang Yang Ziarah .::.

Wednesday, March 14, 2018

KEM INDAHNYA SOLAT

Assalamualaikum semua
Program ini diadakan untuk mengisi masa lapang anak - anak ketika musim cuti sekolah.
Solat adalah satu tanggungjawab yang amat besar bagi seorang Muslim.
19hb - 22hb MAC 2018
Hari Isnin - Khamis
8:00 pagi - 11:00 tengahari
Kelas Agama Tahfiz Al-Bukhary
Jalan pjs 7/9d Bandar Sunway 46150 Subang Jaya , Selangor.
Umur 9 - 17 Tahun
Lelaki & Perempuan
Pengisian Utama
 Kelebihan Solat
 Wuduk ( Teori & Praktikal )
 Solat ( Teori & Praktikal )
📌 Yuran Hanya RM60 ( 4 hari )
📌 Disediakan Sarapan
UNTUK PENDAFTARAN SILA HUBUNGI
DAFTAR SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Thursday, October 19, 2017

KEM CUTI SEKOLAH 2017

Assalamualaikum semua
InshaAllah kami akan adakan Kem Tarbiyyah pada cuti sekolah akhir tahun
Bermula dari 26/11/2017 Ahad hingga 16/12/2017 Sabtu
Di Bandar Sunway Subang Jaya
Yuran
RM 150 untuk seminggu (boleh pilih tarikh mana2)
RM 300 untuk 2 minggu (boleh pilih tarikh mana2)
RM 300 untuk 3 minggu (hadiah)
Sijil disediakan
Jadual yang padat
Hafal surah2 lazim
Solat berjemaah
Asrama / berulang pun boleh
Makan hanya 3 kali sehari (boleh bawa makanan ringan untuk sampingan )
Berumur 7 - 18 Tahun
Yang boleh ikuti asrama hanya 9 - 18 tahun
Pelajar perempuan sahaja
Tarikh Pendaftaran 21/10/2017 dan 4/11/2017
Tarikh tutup penyertaan 19/11/2017
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 013 754 6651 (ustazah)

K WASSALAM

Friday, September 1, 2017

Pengalaman Pergi Umrah Mengandung 5 Bulan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hai semua.. da lama sangat saya tak update kat blog kan.. sebuk la sangat sampai takde masa nak menggadap depan laptop haha..

Sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha Mohon Maaf Zahir Dan Batin dan juga semalam 31/08/2017 Hari Kemerdekaan yeeyy :D

Ok disini saya nak kongsikan serba sedikit , pengalaman saya ke Makkah dan Madinah.

Asalnya saya ada niat nak belanja suami ke umrah (tak cakap lg kt suami pasal ni) biarlah dia pergi sorang kat sana supaya next trip da ada pengalaman boleh la bawa saya pulakkan..

Lepas tu ntah macam mana kuasa Allah taala.. ada hamba Allah yg mulia ni nak sponsor suami pergi ke umrah.. Alhamdulillah rezeki dia , so apa lagi saya pun mesti la nak ikut pergi sesama... baru syok...

Niat dalam hati 2017 nak sambut birthday kat sana dan juga mohon pada Allah taala tentang zuriat.. 

Pergi office Andalusia terus Proceed ! Masa tu register bulan 6..

TUP TUP TUP !

Tetiba... ALLAHU AKHBAR .. terkejutnya saya...saya disahkan mengandung.. memang ada niat nak ke Makah nak doa banyak2 tentang zuriat tapi Allah taala dah bagi dulu sebelum kesana MashaALLAH.. hebat ALLAH..

Nak tak nak kena juga pergi dan teruskan niat ... alhamdulillah saya dapat sambut birthday saya kat sana.. syukur.. semuanya berpandu pada niat..

Ok untuk pertama kalinya.. Saya naik kapal terbang , awalnya saya dapat tahan dari muntah.. cuma telinga je la rasa berdesing... nak kena telan air liur banyak2... hahaha lawak je masa tu , terasa jakun pun ada...

Selama 9 jam di atas kapal memang saya susah nak lelap.. pusing sana pusing sini.. lagi2 memang tak pernah naik kapal jadi saya dapat seat ekonomi sahaja... suami dah tolong book seat yg fisrt class tp dah penuh.. takderezeki.. Allah nak ajar kami mujahadah dalam kapal...

Kerap juga la pergi buang air, risau sebenarnya.. risau pasal air kt dlm toilet makin kurang.. huhuhu 

Perut da mula bunyi macam2 ... sebelum bertolak tu.. saya tak sempat nak makan lagi.. sebab eksaited sangat... pastu bila dijamu makan kat dalam kapal tu.. saya tak boleh nak telan... bukan tak sedap tau.. mungkin pembawa baby juga.. terus saya tahan nak muntah.. yg saya dpt makan buah2an dgn dessert je...

Bila saya sampai je di airport Jeddah, saya terus muntah sebab loyer tau bila kapal tu nak menurun.. Saya terus menahan lapar, sampai la ke hotel .. terus tidur kepenatan..

Sepanjang di Madinah banyak tempat saya dapat ziarah, alhamdulillah semuanya Allah mudahkan.. dapat masuk Ar Raudhah tengok mimbar Nabi.. Allahu.. dengan sendirinya air mata banyak keluar tanpa dipaksa..

Di Makkah pula saya dapat pergi semua tempat ziarah kecuali GUA HIRA' sebab diorg buat malam lepas isyak.. saya rasa macam tak mampu nak mendaki dengan kandungan 5 bulan..

InshaAllah next time kita pergi juga.. Semasa saya menunaikan umrah.. buat sa'i , safa warwa.. alhamdullilah takde masalah.. siap boleh puasa ganti 1 hari ..

Tetiba...

Hari Terakhir nak balik kena buat apa ea yg kena tawaf sebelum berangkat tu.. saya tak berapa ingat dah.. nanti saya buka buku balik.. haa.. masa tu la Allah uji saya.. iaitu DEMAM... Sepanjang malam tu mengigil teruk, korang tahukan masa tu musim sejuk ui..sejuk sesangat...dengan tak bawa sweater , memang mencabar.. pastu banyak keluar masuk bilik air... hati rasa macam memang tak larat dah nak buat tawaf sebelum balik.. nak kena buat selepas subuh.. so kena la bergerak sebelum subuh

Itulah bila hati tu kata kita kuat.. maka Allah bagi sementara sihat.. banyak saya telan air zam2 sambil doa .. cepat2 la baik..

Kesian sangat kat suami pasal dia kena khidmat saya sebab saya terpaksa pakai wheel chair, tak mampu nak berjalan dah waktu tu.. sebenarnya saya ni tak sampai hati nak buat suami macam tu , tak nak bagi dia susah penat semua.. tapi apakan daya.. hari terakhir tu la kita org kena balik juga.. kalau tidak melepas la tiket flight balik Malaysia kan..

Alhamdulillah , selesai saja buat tawaf.. cepat2 balik ke hotel.. kemas2 dan terus pergi ke airport Jeddah..

Ramai yang masih tak tahu saya ni mengandung 5 bulan.. sebab memang tak nampak pun perut kedepan.. yela.. saya ni pakai tudung labuh .. pastu pakai jubah besar memang tak akan perasan pun ...

Sampai je Malaysia.. terus lega, dan tetiba hadir rindu... rindu sangat sebab tinggalkan Makkah dan Madinah.. inshaAllah azam nak pergi lagi.. kalau boleh setiap tahun saya nak kesana..

Itu lah kisah saya..

Terima kasih sebab sudi bagi luangkan masa membaca entry kali ni...

k wassalam

Monday, July 10, 2017

whatsapp

Monday, April 3, 2017

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah , hari ni saya dapat kesempatan untuk taip entry kali ini Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 4 ...

Sebenarnya tarikh genapnya 29hb 3 hari tu tapi takde masa nak menaip.. nak kata sibuk tu rasanya tak jugak lah, mungkin takde time kot utk luang kan depan laptop... haha

Btw tahun ni takde apa yg diraikan malah kek sepotong pun tidak ada, ucapan sesama sendiri pun tidak ada jugak.. kami masing2 buat hal sendiri.. mungkin kejar impian masing2 sampai tak ingat da..

Tapi bak naluri perempuan mesti nak ada benda something kan, yela, tahun lepas tak silap saya pun sama juga.. so da dua tahun masing2 diam.. tanpa raikan ..

Org perempuan ni bukan nak besar mana pun raikan tu, just sekadar bg kata2 ke, bg luangkan masa benda yg dia suka mcm contoh bawa dia ke spa ke , jejalan ke .. itu sudah memadai bg perempuan.

Takpe lah, yg penting saya harapkan juga doa dari kalian moga rumahtangga kami ada kebahagian , ketenteraman , dan ketenangan ...

Terima kasih semua yg sudi membaca walaupun nampak mcm ringkas simple dan bla bla hehehe ... dan harap korang dapat memberi komen beberapa sepatah utk saya semangat ye.. terima kasih.. :)
gambar dari google je

Tuesday, March 7, 2017

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2017

Assalamualaikum,

Kelas Agama Tahfiz Al-Bukhari akan mengadakan Kem sempena cuti sekolah. Terbuka kepada pelajar perempuan sahaja.

Terhad kepada 15 orang.

Tarikh : 20 MAC - 23 MAC 2017

Tempat : KELAS AGAMA TAHFIZ AL-BUKHARI .

Alamat : NO 23 JALAN PJS 7/9D BANDAR SUNWAY 46150 PETALING JAYA. SELANGOR.

Umur : 8 - 15 TAHUN

Masa : 8:00 PAGI - 12:00 TENGAHARI

Pendaftaran : RM 100

PROGRAM YANG DI TERAPKAN :

> CARA MENGAMBIL WUDU'
> AMALI SOLAT
> ASAS TAJWID
> ASAS FARDU AIN
> PERSEDIAAN RAMADHAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7546651 (Ustazah)


Wednesday, July 27, 2016

Selamat Hari Raya AidilFitri 2016

Assalamualaikum...

Sempena hari raya yang begitu mulia ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Mohon Maaf Zahir Dan Batin..

Tinggal lagi seminggu je lagi Syawal nak tinggalkan kita.. ouh... sekejap sgt.. Belum habis lagi nak ziarah rumah kawan2, sibuk dgn kerja,..Bila Sabtu dan Ahad sibuk pula pergi open house kat rumah jiran2 tetangga hehehe

Tahun kali ini saya dan suami beraya di Johor.. turn giliran saya pula, walawei... happy gila ,.. pasal tak sabar nak balik then nak beraya dgn family..

Tahun ni juga sy ada plan nak beraya satu keluarga warna sama ... maksudnya boria laa haha.... jadinya tu yg tak sabar bona nak balik nak tgk satu keluarga ni pakai baju warna sama.. maklumla... keluarga ni mmg tak pernah nak sedondon... serius ni.. mmg tak pernah k... dari lahir sampai lah tahun lepas mmg tak pernah.. so now.. tahun ni pergh... gembira yg teramat.. Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah ...

nanti saya update gambarnya.. :)

Ok masuk raya Ketiga saya dan suami terus gerak ke Perak... da tak ingat la bertolak pukul berapa tapi mmg pagi la.. sampai je Zohor suami berhenti kat Tanjong Karang solat Jumaat kat situ...

Ok lepas solat tuh terus kitorang menjelajah cari durian sampai la Sg.Besar .. haaa.. kat situ berlambak durian tau.. pastu sy ni mmg gila dgn cempedak...da ada tu beli la sekali hehe.. pastu suami kalau da karok sgt mmg beli durian tu mcm beli borong haha..

Sampai je rumah Mak ayah mertua terus buka durian.. gelojoh betul nih! haha... apa lagi si suami yg da lama mengidam terus melahap durian tu sampai kenyang...

Pepagi buta tu suami kejut kan sbb nak tny nak pergi tandas sekali tak sebenarnya nak suh teman dia pergi tandas hehe ..

Dari situ la dia dan juga saya sakit perut asyik cirit birit .... tu laaa.. makan lagi durian byk2... kan da.. baru nak insaf haha...

Raya Keempat tu satu family pergi Ipoh beraya kat rumah abg ipar.. Mmg da lama nak pergi pun tapi takde rezeki.. kali ni inshaAllah ada rezeki lebih blh la pergi jejauh... '

Alhamdulillah...

Balik KL raya Keenam , kitorang gerak pagi sebab taknak melalui rintangan jalan jem hehe.... Alhamdulillah sampai la tghri.. semuanya berjalan dgn lancar... :)

ok saya nak ucapkan terima kasih sesangat pada awak awak semua sebab sudi meluangkan masa membaca entry kali ini....

Muahhhh xoxo....

Ini Gambar family di Johor
 k.wassalam

Thursday, June 23, 2016

BELA KUCING

Assalamu'alaikum...

Hai... selamat berpuasa, :)

Ok, saya dgn suami dah plan nak balik Kluang Johor...Untuk sambut Ramadhan bersama family, tapi apa yg kita rancang tu tak terlaksanakan,.. sebab nak hantar ayah p KLIA , ayah dapat pergi umrah.. alhamdulillah rezeki ayah :)

So masa kat rumah family, ada la beberapa ekor kucing ni satu je sy suka dan macam nak je bela dia dan bawa dia ke KL.. Hati duk bercakap sesorang.. boleh ke aku bela ni, pastu suami bagi ke bawa kucing ni kat dlm keta dan ambil masa beberapa jam ke KL.

Terus pujuk suami , dan bagi alasan2 yang kukuh haha supaya dia izinkan saya ambil kucing ni bawa ke KL.

Suami mmg tak berapa suka sgt nak bela kucing... sebab mungkin rumah flat.. pastu dia ada elergik bulu2 habuk2 ... takpe la , yang penting sy da cakap yg sy btl2 jaga kucing ni dgn bersih.

Finally ....Alhamdulillah berjaya juga sy memujuk hati suami .....

Apa lg , hati ni terus rasa berbunga2 tau.. yey.. kat rumah nanti da ada teman ...

Kucing ku,, selamat datang ke rumah ku yg comel ini... muahhh :D

so skrg ni hampir 3 minggu da dia stay kat rumah ni... alhamdulillah dia da pandai berak kencing kat tandas.... makan pun tahu kat mana tempat nya.. cuma dia suka tidur ikut mood dia.. takpela la syg.. yg penting happy duk kt sini... :)

Suami pun selalu bergurau2 dgn dia.. oh ye.. lupa nak bagi tahu.. kucing ni da ada nama tau.. itu pun suami yg bagi , nama dia GEBU .. hehe suami suka nama tu ..so kita ikut je la :)

Masa Ramadhan pertama tu saya dgn suami sibuk pergi cari kedai barang2 dgn makanan kucing .. so kitorg jumpa kedai tu kat Kelana Jaya, mcm2 la shopping kt situ... suami ckp .. apa yg kita buat ni niat sedekah... :)

Apa2 pun terima kasih Ya Allah sbb dgn izin-Mu suami bagi saya bela kucing dan dia pun suka gurau2 dgn GEBU...

k wassalam

Friday, June 10, 2016

BUAT PERTAMA KALI SCAN RAHIM

Assalamu'alaikum...

Setelah 3 tahun saya dan suami menunggu kehadiran cahaya mata , tiap kali itu juga la orang tanyakan tentang mengandung, dalam hati je yang tahu walaupun di wajah ini pura-pura ok dan senyum.

Sebelum ni memang ada niat nak p jumpa doktor tapi belum ada masa yg sesuai khas utk berjumpa tu.. so sy just byk kan p urut je la, dah merata saya p berurut . still gitu juga.. apa2 pun itu semua kehendak Allah S.W.T. yg penting kita dah usaha... dan perbanyakkan lagi doa.

Ok, hari ni Allah izin kan sy p buat cek , so pertama kali nya saya nak buat rawatan scan rahim, nervous sangat haha.. al -maklum saya sorang je kat situ, suami p solat jumaat hehe

Macam biasalah dokter akan bertaaruf dgn kita, haha

2 jam saya kat klinik, sebab nak scan rahim tu memerlukan pundi air kencing yg penuh, so terpaksa bertapa kat dalam bilik rawatan tu utk minum air mineral

Selepas beberapa jam, baru la mula scan rahim.. Alhamdulillah dokter cakap tiada apa2 masalah, Terus dalam hati ini kata Ya Allah terima kasih Ya Allah.. syukur sangat yang saya ni sihat.. Alhamdulillah...

Dokter sarankan utk buat rawatan yg seterusnya, inshaAllah saya akan update lagi... ;)

Pastu Balik je rumah terus bercerita kat suami dari A-Z hehe suami pun duk dgr dgn tawajuh ...

Inilah hasil tadi pergi buat check up, alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah


ok jangan lupa next entry ye :) !

ok wassalam

Thursday, May 26, 2016

Suka Make Up ?

Assalamu'alaikum,

Sejak beberapa hari yg lalu sampai la sekarang ni , sy da mula suka tgk video make up balik melalui youtube, yela youtube je la yg plg byk video2 make up ni haha...

Sebenarnya saya ni tak berapa suka sgt pada make up , sebab leceh nak basuh balik dgn remover la apa la dan sebagainya.. lagi2 waktu kita boleh solat, argh tidak ! lagi malas k ! tp kkdg tu suka pula. senang cite ikut mood la , habis cite haha

So bila da hari2 buka video make up ni dia jadi terkesan pada diri kita tau, mcm skrg ni sy da mula suka cari brg2 make up yg serasi dgn kulit kita ni,

Tiba je kt kedai terus mati akal , sbb tak tahu nak beli apa, maksudnya tak tahu yg mana satu ok ke tidak dgn kulit kita , lagi2 foundation , bedak compact pastu lipstik,.

Padahal masa bujang dulu saya pernah join kelas Make up tau , harga kelas masa tu dlm RM200 gitu , cuma saya agak kecewa sbb dlm kelas tu satu habuk pun tak faham ,

Kali kedua lepas dah kawen tu , saya join lagi kelas sbb sy btl2 serius nak tahu sgt hal make up ni tp, itu pun masih tak faham lg . Pendapat sy dia ajar mcm gitu2 je tak serius sgt. takpe la, benda da berlalu, hehe

So lepas ni kalau nak join lagi kelas make up make sure saya kena cari yg btl2 pandai bab ni pastu sy akan byk bertanya je k yeah!!

Teringin nak masuk kedai make up SEPHORA , BOBBI BROWN, M.A.C mcm best je kan, dengar kat situ dia akan tunjuk ajar dari segi pemilihan brg make up, so tunggu sy dtg k !

ambil kat dalam google je


Produk yg saya pernah pakai sebelum ni BB by Elianto, bagi saya dia agak berminyak sesuai pada kulit yg jenis kering mcm saya ni kulit da la berlecak dgn minyak tambah lg foundation pergh...Pastu eyes shadow boleh tahan best !

ambil kat dalam google juga


Seterusnya Foundation by Farmasi Colour Cosmetic (FCC) mmg terbaik mesra dgn kulit sy ni.. cuma eyes shadow dia ada glitter so gatal pula kelopak mata ni hehe, lipstik pun ok mmg cun !

Ini pun saya ambil kat dalam google 


Foundation by Revlon pula ya Allah, bila pakai je foundation ni muka terus kena simen maksudnya kena air ke atau apa2 la still macam tu, jadi takut saya pasal rosak kang muka ni, patut la muka minah salleh cun2 haha tak masal.. btw foundation ni mmg waterproof sy tak berapa suka sgt la bahaya kalau nak pakai selalu setakat setahun sekali boleh la...

ambil kat google


pastu BB by Simplysiti pun ok juga sama mcm FCC , terbaik!

ok itu sahaja yg saya dapat share kan hari ni ,

k wassalam

Thursday, April 14, 2016

PERTAMA KALI JOIN CATERING

Assalamualaikum w.b.t.

       Saya nak share Sabtu lepas 9hb 4 , saya ada tolong satu team catering ni atas sebab kekurangan tenaga..

Serius ni, saya pertama kali join ... sebelum ni kalau ada apa2 kenduri ke kan.. tolong gitu2 je pastu penat tidur jap pastu rehat2 jap..

Tapi kali ni , saya kena buat kerja straight sampai la habis . fuh.. caya la sama sendiri.. penat yang teraaaamat tau,

Awal pagi saya dan suami da sesiap utk kesana pastu Saya baru je sampai tempat kena masak tu da kena suruh buat kerja , yela diorg taknak kita ni buang masa so diorg suruh saya kena potong timun dihiris macam batang mancis tu sebagai ulam laksa kedah, ini makanan tambahan tau,

Habis je selesai potong timun dlm 12 biji sambung lagi potong bawang dihiris mayang utk ulam laksa tadi tu lah, tak tahu la berapa biji, main buat je tapi mmg banyak k.. lepas tu selesai je break kejap saya sarapan jap , makcik2 kt situ kata nnti da tghri tkde selera nk makan da baik mkn awal.. masa tu sy da mula kurang nak makan, mcm nak muntah maybe mcm2 bau lauk kan.. dgn cuaca agak panas skrg ni kan.. mmg mencabar utk saya .

Dalam 15 minit kemudian saya sambung lg potong.. kali ni potong buah limau pulak , aduhai.. tadi bawang punya la banyak air mata keluar kali ni limau pulak, merecik-recik.. hbs basah purdah saya... dan blh pula purdah sy tertinggal , aduuuh ujian beno kali ni.. haha sabar ye.. first time kan..

Tepat pukul 1 ptg saya terus pergi ke bilik salinan utk cuci badan dan tukar pakaian yg berbau macam2,, da nak zohor kan, tak selesa la kalau busuk2 nak p solat.. so semua pakaian saya tukar tp purdah jeee tak tukar sbb tertinggal.. sedih ...

Ini la weddingnya, gamba dapo takde sbb tkde masa nk pgg phone 

lepas solat zohor sambung lagi , tolong diorg yg blm siap lg goreng ayam berempah , dlm masa yg sama masa tu hilang selera nak makan, kepala da pening2 , tekak macam loyer2 , mata macam nak tutup je.. tp apakan daya , terus kan je la, jgn kata ini last sy buat kerja sudah la.. haha

ok selesai goreng terus sambung lagi packing makanan utk staff bawa balik sebanyak 25 bungkus. ok packing laju2 sbb da tak tahan nak balik dan rehat itu je dlm otak sy fikir.. yg lain da tak nampak da, fikir nak balik nak balik nak balik pastu tidur, last2 sampai juga ke asar .. alhamdulillah selesai semua dan boleh balik , yahoo...punya la gembira sgt mcm kambing dilepas kan haha

Lepas asar , dlm hati mmg tak sabar da nak balik nih, tapi tetiba suami ajak p shopping jap sbb dia nak beli kasut pula, aduhai , yg td nak tidur tu terus hilang da, segar bugar jadinya, pasal apa entah blh jd gitu.. mungkin shopping ... ngade kan. gedik !

balik je shopping terus balik rumah dan Yahoooooooo.... apa lagi tidur la , da tak hirau apa pun sbb waktu tu mana blh tidur tp penat punya pasal semua lupa , sedar je da pukul 7 mlm , alhamdulillah dapat la juga rehat walaupun 20 minit je ..nnti lepas isyak.. kau terbongkang lah kt atas katil sampai esok pun takpe, yg penting solat jaga k.

so baru ku tahu kerja catering ni mmg penat , mmg elok beno dgn harga pakej catering dgn masakan yg sedap2 , apa2 pun kita kena hargai kerja mereka ni. :) saya da cuba merasa , ini salah satu pengalaman buat saya dalam hidup .

k wassalam.

Wednesday, March 30, 2016

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 3

Assalamu'alaikum w.b.t pada sahabat2 ku yg dikasihi...

Semoga kalian sihat2 saja ya ... :)

Semalam genap 29-03-2016 ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke 3 ... Tiada apa yg disambut tahun ini, sebab atas kesibukkan dengan Niaga...

Memang suami ada ajak dinner tapi waktu tu memang rushing la nanti tak tenang dibuatnya,.. inshaAllah ada rezeki boleh je sambut kan... hehe..

kejap sungguh kan, pejam celik pejam celik pejam celik... dah 3 tahun k...

Dalam 3 tahun memang macam2 ujian tau.. al-maklum, org baru nak hidup dlm rumah tangga semuanya tak menyabar haha...

btw..

Apa yang saya harapkan adalah agar rumah tangga saya dan suami kekal bahagia hingga hujung akhir hayat saya. 

Dan doakan saya dan suami dapat zuriat dalam tahun ni 2016 amin.... :)

terima kasih sudi luang kan masa utk membaca dan jgn lupa follow ye.. 

love you all..

k wassalam. 

Tuesday, December 22, 2015

Pengalaman Bekerja Makan Gaji


Assalamualaikum w.b.t

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim

Sekian lama saya mensunyikan diri. Jadi hari ni saya nak luangkan masa disini.

So far alhamdulillah sihat. Makin cergas hehe

OK saya nak share serba sedikit tentang pengalaman saya hidup makan gaji.

Pertama kali saya happy sangat sebab dapat bekerja dan jumpa rakan sekerja yg baru.

Awal pagi dah gerak ke tempat kerja sampai tghri lepas tu pulang kerumah masak kkdg beli..ikut Keadaan lah, lepas zohor sambung sampai lah lepas asar pulang.

Malam dapat lah rehat sikit.

Sampai lah cukup bulan dapat gaji.  Enjoy.  Itu masa tahun 2013 & 2014.

Masa tahun tersebut saya mmg takde buat utk simpanan akan dtg. Tahu nak enjoy saja.

Masuk tahun 2015 Saya mula sedar. Baru nak buat akaun utk simpanan Saham pelaburan, dan Niaga.

OK stop.

Pengalaman berhadapan dengan rakan sekerja pula.

Allahuakhbar....

Perit sangat, hari-hari stress sbb nak berhadapan dengan diorg.

Actually sy ni peramah, tp pd masa yg sama segan, dan takut.  Senang cite sy ni tkde keyakinan diri.

Jadi bila perkara sesuatu yg pelik sy diam saja. Mampu lihat. Tak reti nak tegur hanya pendam dan diam.

Tempat kerja saya tu ada sorang (penyelia) ni sy agak kurang faham dgn attitude dia. Kejap OK kejap x jadi sy pun turut main peranan diri sendiri kejap OK kejap x juga.

Pendam,diam,pendam,diam..

Sampailah tahun 2015,  pendam dan diam saya akhirnya terbawa keluar dan meletop.

Jadi... Disbbkan sy geram, sedih dan sakit hati semua tu sy buat kepala sy sendiri. Sampai la ketua (ketua bahagian perempuan) pun dah naik angin dgn sy.  Peduli apa sy masa tu.

Sebelum ni ketua pggl sy dgn beradab... Kemudian dah penghujung tahun hanya pggl nama saja.

Kebetulan saya mmg nak letak jawatan jadi ketua mcm push suruh buat surat. Dan siap kata kalau xnk sampai hujung tahun dia izin kan sy berhenti awal.

MashaAllah terkejut saya.. Saya kecik hati Sgt dgn ketua dan penyelia.

Allahu.....

Apa yg tersirat kat dlm hati ni. Sy kecewa dgn ketua terutama sbb dia tak Adil utk redakan Keadaan hanya sebelah pihak saja.

Berpunca dari penyelia dan org bawahan hinggalah terbawa kepada ketua. Saya ni bukan sempurna, saya tiada apa-apa disitu.

Ibarat saya tiada disitu. Kosong. Dan bukan kawan tp musuh.

Hari-hari sy doa pd Allah agar kami disatukan tp Makin complicated jadinya.

Sy sabar dan buat-buat kuat sampailah ada seminar Keyakinan Diri dgn harga 1ribu masa 11hb December,

Dah Nak penghujung baru sy dpt duduk seminar tu. Yelah ada rezeki lebih blh join seminar mahal-mahal hehe..

Balik dari seminar alhamdulillah masuk je tempat kerja.. sy jd berani tp da akhir-akhir.. Takpelah yg penting sy dpt keyakinan diri.

Cuma nak cakap.... sy kecewa sebab rakan sekerja pergi holiday tanpa pelawa sy walaupun mereka tak suka pun, tapi isteri mudir tak pelawa pd sy. Tahu-tahu dah ada gambar kt dlm Instagram.

Saya sedih, terkilan knp diorg buat mcm tu.?

Sy harap para pembaca dpt komen perkara positive, nasihat, dan kata-kata semangat utk sy. Sekian.

K wasalam.

Thursday, November 27, 2014

SPM 2014 da habis !

Assalamu'alaikum w.b.t..


Da lama tak menulis nih *op menaip laa..


Well, SPM la katakan... 20hb November hari tu adalah last paper saya. Akhirnya tamat jugak exam ni kan. Bagi saya takde la susah mana sekiranya rajin mengulang kaji.

Subjek yang saya ambil hanya 8 sahaja.

1.Bahasa Melayu - first belajar memang tak faham, dan baru saya tahu bahawasanya bahasa melayu susah. Ingat percakapan kita harian ni boleh faham dan senang tapi sebaliknya.

2.Bahasa Inggeri - Saya kurang hehe..(masa exam saya tak hadir pun)

3.Matematik - Ini lagilah , langsung tak faham.(paper 2 saya tak hadir)

4. Sejarah - Masa belajar senang nak faham. Yela.. cerita zaman nek moyang kita.. tapi bila exam masha Allah satu soalan pun tak faham.(paper 2 tak hadir juga)

5. Sains - Hmmm... tak boleh nak cakap, memang tak boleh nak faham.(Langsung tak hadir)

6. Pendidikan Islam - Ini memang senang, Alhamdulillah.

7. Pendidikan Al-Quran & Sunnah - so-so la... hehe(Tak hadir pun, ada hal)

8. Tasawwur Islam - Alhamdulillah senang...(paper 2 tak datang sebab tertidur sehingga terlajak waktu)

so....Saya tak mengharapkan score 8A+ sebab tujuan belajar spm ni untuk pengetahuan sahaja sekurang-kurangnya saya ada pengalaman... :)

Insha-Allah rezeki sentiasa ada selagi kita hidup.

k wassalam

Sunday, June 22, 2014

Bersediakah Aku?

Assalamu'alaikum....

Hai semua, hari ni saya free untuk menaip blog... Dan hari ni juga saya puasa, lagi berapa jam sahaja untuk menunggu waktu berbuka puasa. Dalam keadaan cuaca yang agak panas sudah terasa Ramadhan makin menghampiri kita.. Sama-samalah kita menjaga istiqomah dalam beribadat. Dari sekarang ini lah kita kena buat persiapan , supaya tiadalah kita rasa berat sangat nak puasa nanti.. :)

Semalam saya dan suami berbual-bual santai, kami berkongsi cerita yang ada kat dalam memori . Tetiba suami saya buka topik baru mengenai anak.

Masha ALLAH ! Hati ini terasa suka sangat bila suami sudah mula bertanya pasal anak.

Suami : Sayang, dah bersedia ke nak anak? Maksudnya zuriat kita.

Saya : Sayang dah bersedia lama dah... ( dlm hati tu rasa suka sgt smbil terbawa senyuman ke bibirku )

Suami : Abang bukan apa, cuma abang risau sayang tak boleh jaga anak kita.

Saya : Kenapa abang nak risaukan, insha ALLAH sayang boleh jaga... dan kita sama-sama boleh..

Suami : Maksud abang, abang masih belajar lagi , dalam 4 atau 5 tahun baru habis. Abang risau abang tak boleh nak focus pada anak kita dan sayang. Lagi-lagi bab keperluan kita hanya cukup-cukup.

Saya : ( saya hanya berdiam seketika )

Suami : Pelajaran abang sekarang ni masih lagi boleh focus pada sayang. Nanti bila naik kelas, pelajaran pun makin berat, jadi abang mesti perlukan masa lebih untuk belajar.

Saya : ( hati saya mula berubah suka jadi sedih )

Suami : Abang bukan nak takut-takut kan sayang, abang fikir macam mana kita ada anak nanti, boleh ke abang nak jaga anak sama-sama dalam keadaan belajar tambahan keperluan untuk anak kita lagi...

Saya : ( diam lagi )

Suami : Abang minta maaf sangat sekiranya abang cakap ni., abang cuma nak kita fikir sama-sama.

Saya : ( Senyap sambil pandang mata dan bibirnya  )

Suami : Maafkan abang...

Saya :  Abang, sayang faham keadaan abang, bagi sayang fikir dulu ya.. Cuma sayang nak sangat anak sebab nanti boleh lah temankan sayang kat rumah bila abang tiada dirumah.

Suami : Fikirlah ya sayang,,,

Itulah perbualan saya dan suami... sebelum kami masuk tidur.

Kesimpulannya adakah saya bersedia? Saya tak dapat nak jawap sampai sekarang, sebab bila nanti dah ada anak, saya dah tak boleh nak ke sana ke sini seperti sekarang ni, Lepas tu saya ni masih belajar lagi.. Tak tahu la nak bagi jawapan yang macam mana...

Saya hanya berdoa pada Allah memohon bagi petunjuk dan jawapan yang sebenar.

Setakat ni sahaja saya boleh kongsikan next time kita jumpa lagi :)

K wassalam

Saturday, June 14, 2014

Dunia Moden

Assalamu'alaikum....


Setelah kian lama saya tidak update apa-apa, hanya iklan sahaja. Padahal tiap-tiap hari saya selalu singgah blog dan baca post-post yang lepas. Bagi masa yang sesuai dan ada rasa timbul suka untuk update yang terbaru. Hee ~ :)

Saya sekarang dah mula selesa di tempat orang. Sebelum ni, agak cerewet di tempat baru. Tapi bila kelamaan ia menjadi rutin. Alhamdulillah..

Kehidupan adalah perjuangan, perlu tabah, sabar, kuat dan doa.

Ketika dulu banyak saya buangkan masa, tapi sekarang masa saya penuh dengan program. Lebih-lebih lagi saya seorang isteri dan pelajar kepada suami yang berstatus pelajar juga.

Hari demi hari, saya dapat banyak pengajaran yang mana pahit dan manis. Bukan mudah kita nak hidup tanpa ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh jalan yang berterusan.

Sebagai manusia yang makin meningkat perlu ada perubahan, seperti dunia sekarang yang penuh dengan zaman moden. Jadi saya mula sedar bahawa perlu ada perubahan, sampai bila saya nak macam ini.?

Belajar menerima teguran, nasihat dan ujian dengan hati yang terbuka luas . Insha ALLAH :)

Ok, sekarang ni saya menduduki SPM persendirian, nervous sebab tak buat apa2 pun persiapan, sibuk dengan hal rumahtangga. Bila saya focus dengan buku2, rumah pulak macam mana? siapa nak masak? siapa nak kemas rumah? Jadi semua tu kena cari waktu yang betul2 sesuai tapi bila dah ada waktu free, saya pulak rasa letih dan penat. Bila lama kelamaan buku pun tak buka. Memang ujian betul bg seorang pelajar dan isteri ... :)

Sebut pasal baby, insha ALLAH memang saya nak sangat baby tapi saya tahu kedudukan saya sekarang agak sukar. Ini hanya perancangan sekiranya Allah nak bagi, terimalah seadanya .. :)

Kerja? Ok saya ni, cuma ada aliran tahfiz, jadi saya hanya mengajar orang mengaji... anak2 jiran datang ke rumah saya. Dan saya ada jugak datang ke rumah orang, ambil masa dalam sejam.

Itulah seharian saya, Sabtu dan Ahad saya berehat ataupun bershopping. Orang perempuan memang tak boleh nak lari dari bershopping ni ,, hee ~

Alright, setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan, next time saya update lagi.. insha Allah.

K Wassalam.

Sunday, April 20, 2014

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DI RUMAH ANDA

Assalamu'alaikum...

=> Di sini saya ingin menawarkan kepakaran saya dalam mencelikkan mereka-mereka yang tidak boleh membaca Al-Quran atau yang merangkak-merangkak.

=> Terbuka pada semua peringkat umur.

=> 60 minit (RM30)

=> Petaling Jaya, Bandar Sunway, Kelana Jaya, Sungai Way, Subang Jaya dan Damansara

=> Bagi sesiapa yang berminat dengan Kelas Pengajian Al-Quran Di Rumah Anda boleh hubungi saya 013-7546651 (ustazah)



Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamu'alaikum semua,

Di awal tahun ini, pertama kalinya saya bersama dengan suami. Dan hari ini saya dapat luangkan sedikit masa untuk menaip beberapa perkataan.

Bila hidup berdikari banyak perkara yang kita kena lakukan, tidak seperti dulu, ada umi dan ayah dan juga adik-adik. So bila hidup sebagai seorang isteri wajib melakukan tanggungjawap. Dan saya tidak kesempatan untuk buka laptop, bermain kasut roda, chat dengan kawan-kawan. Itupun sekejap je..

Ok saya tak boleh banyak cerita sebab lepas ni pun ada kerja juga... Nak tahu?

Kerja saya adalah pakar menyediakan dan menghantar produk kepada mereka yang berminat dan memerlukan. Anda boleh cari page saya di facebook : Hilyah Dessert

Ok sambung balik cerita saya.

Bila sebut je tahun baru, semua perkara kita nak baru dan juga azam. Tapi sebenarnya azam itu datang pada hari - hari... bukan setahun sekali tapi hari-hari.. faham...! tapi takpelah, sekurang-kurangnya ada lah juga azam tu.. daripada takde, kan.. ?

So bila start tahun baru ini, saya menceburi bidang perniagaan sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin

Part birthday saya , terima kasih kepada suami, memberi ucapan dan juga sambut dinner . Itu sudah cukup bermakna. dan juga pada rakan-rakan, ibubapa dan adik2 saya .....

Ok lah, itu sahaja yang saya dapat ceritakan, nanti kita sambung lagi..
Wassalam.

Tuesday, November 26, 2013

Kek Coklat Kukus ( 1 Jam )

Assalamu'alaikum semua,

Hari ni saya nak share resepi kek dari mak mentua saya. Memang sedap. Jadi bila sedap kita kena la berkongsi resepi supaya resepi ada mewarisinya.. hihi....

Bahan A 
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

Bahan B ( Inti dan Hiasan )
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Kacau Rata
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Krim Coklat
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah).
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rich

Cara Membuat Krim Coklat
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk.
2. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati lagi.
5. Tunggu sehingga sedikit, kemudian tuangkan di atas kek.

'' Selamat mencuba ''

p/s : Gambar In Sha Allah bila saya dapat snap saya akan upload ya. 
wassalam.

Thursday, August 29, 2013

HARI RAYA BERSAMA SUAMI

Assalamu'alaikum semua..

     Dah lama sangat-sangat  tak berblogging ni, al-maklum la cuti raya lama sangat, sampai nak keje pun dah malas, well..selamat hari raya korang, maaf zahir dan batin ye yang mana ada salah silap semua tu la...raya sebulan kan so masih laku lagi la permohonan maaf tu, hahahaha...

     Korang macam mana..still cuti or keje??? tengok status member-member kat fb ada yang dah start keje dan ada yang masuk asrama..ada yang beraya sakan sampai ke tgh malam..syok la mana yang bisnes sendiri tu...sambil beraya sambil berbisnes..duit kuar masuk jek...saya?? 
    
     Ok dah.. jauh simpang ni...kene patah balik follow tajuk...suami cuti raya start selasa...half day...tunggu suami balik ngajar dari Pusat Bimbingan Ummah Kampar Perak.. Petang tu kami terus gerak balik ke Bagan Datoh Perak... dalam pukul 4 ptg tepat kami gerak...sampai kampung pukul 6:45 ptg, kira jauh la jugak..ada la jem sikit sana sini, sebab petang selalunya yang buat jem adalah bazar ramadhan, kan? Sehari sebelum raya tu jugak la saya menangis dalam bilik ditemani suami yang tido lena...aku teringat kat umi...First time beraya umah mertua...huhuhuh...

Hari Raya Pertama

     Bangun je dari tidur, terus solat Tahajud sementara tunggu Azan Subuh. Masa tu suami dah bangun untuk sesiap pergi ke mesjid. Lepas solat Subuh terus tolong mak mertua dekat dapur, lepas dah selesai.. saya iron baju raya suami dan saya, ingat nak iron malam raya ( malam semalam ) tapi masa tu abang ipar tengah guna so terpaksalah postpone. Kebetulan saya iron baju raya suami, akak ipar saya suruh iron sekali baju raya nenek. So makan masa yang lamalah saya berdiri menghadap baju raya.. hehehe...
     
     Balik je dari Solat Sunat Hari Raya kami semua bersalaman untuk memohon maaf yang mana ada terluka hati tu.. dan lastly baru la salam suami. Setakat ni takde lagi dosa kat suami, baru kawen kan.. haha... Lepas tu kami bergambar-gambar,, 

Selepas bersalaman, ini baju raya pertama kami.
   
     Selepas bersalaman tu kami semua beraya kerumah sedara-mara yang berdekatan rumah mertua. Memang syok sangat la masa tu tapi dalam hati tetap sayu sebab asyik teringat kat umi, Yelah, ini first time beraya tanpa umi ayah.. sedih dan terharu.. Lepas solat Asar kami sekeluarga terus bergerak ke Tanjung Malim. Kami bermalam disana rumah Pak Long dan Mak long.. 

Hari Raya Kedua

     Selepas kami sarapan terus kami bergerak beraya ke rumah sedara, ( tak tahulah apa nama panggilannya) sampai je sana, dalam 10 minit saya duduk makan kuih raya, suami panggil , katanya nak tunjukkan saya yang kat belakang rumah mak sedara ada sungai. Then, apa lagi.. takkan nak tengok sungai tu sampai kering, terus saya cepat-cepat panggil adik ipar teman saya berendam di dalam sungai tu.. hahahaha memang best sangat.. 

     Satu jam kemudian kami pun terus balik rumah... Saya balik raya Johor, hari raya yang keenam. Lewat sikit atas sebab yang tak boleh nak dihalang. So sepanjang beraya rumah mertua memang best dan mak ayah pun layan macam anak, takde pun mak ayah nak ketepikan mana anak dan menantu. I love mak ayah mertua ku.. 

     So inilah cerita kami beraya, first time beraya bersama... Sebelum saya tutup cerita ni, saya nak ucapkan

" SELAMAT HARI RAYA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA "

Wassalam